Articles
Dasar Keselamatan
- Details
- Hits: 61849
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Keselamatan Maklumat
Sumbangan dan penyebaran maklumat yang dilarang dan bahan-bahan negatif yang bertentangan dengan dasar-dasar negara adalah dilarang dalam laman web ini. Segala bentuk penyebaran maklumat berbentuk politik, hasutan atau perkauman atau apa-apa yang boleh menjejaskan reputasi Kementerian dan Perkhidmatan Awam adalah dilarang dalam laman web ini.
Pengunjung
Para pengunjung yang ingin menggunakan kemudahan dalam laman web ini seperti forum dikehendaki mendaftar sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini timbul.
Para pengunjung hendaklah memastikan fail yang dihantar melalui lampiran (attachment) adalah bebas daripada virus. Pengunjung juga hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat yang di log masuk semasa menggunakan Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Mas Gading.
Pautan Laman Web
Segala maklumat yang ingin dimuatkan ke dalam laman web Kolej Komuniti Mas Gading hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Ketua Bahagian/Jabatan ini terlebih dahulu. Mana-mana laman web agensi atau syarikat yang memerlukan pautan dalam laman web Kolej Komuniti Mas Gading atau sebaliknya hendaklah mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan terlebih dahulu.
Pencerobohan
Segala percubaan dalam pencerobohan atau percubaan untuk menggodam laman web Kolej Komuniti Mas Gading adalah dilarang.
Ikuti Kami
Like! KK Mas Gading
Like! JPKK
Kaunter Pelawat
Semalam115
Minggu Ini374
Bulan Ini1947
Keseluruhan21495
Pada masa sekarang, 11 orang tetamu dan tiada ahli berada atas talian







